Mastercard Tawarkan Ganjaran Loyalti Dalam Bitcoin (BTC)!

521

Mastercard telah menjalin kerjasama dengan platform aset digital, Bakkt untuk memperkenalkan lebih banyak pilihan matawang kripto kepada institusi kewangan Amerika Syarikat (AS), firma fintech, dan peruncitan berkaitan rangkaian pembayarannya.

Bank-bank dan institusi yang menggunakan Mastercard berpeluang untuk berintegrasi dengan matawang kripto ke dalam produk mereka.

Bagaimanapun, sehingga ke hari ini Mastercard belum mendedahkan senarai aset kripto yang disokongnya.

Pada masa yang sama, kerjasama bersama Bakkt bertujuan untuk menawarkan pemegang kad Mastercard ganjaran dalam matawang kripto, Bitcoin (BTC) berbanding hanya menebus mata loyalti ketika membuat pembelian.

Ini juga menunjukkan pelanggan AS boleh memanfaatkan kad mereka semaksimanya dengan membuat pembelian, penjualan, dan penyimpanan aset digital di dalam wallet.

Sebagai rekod, Bakkt sudah menempa nama di dunia melalui kerjasama bersama Google. Baru-baru ini juga Bakkt telah disenaraikan di NYSE.

Bitcoin pada hari ini mencatatkan lonjakan lebih 1% dalam 24 jam, didagangkan pada $62,726 ketika artikel ini ditulis.

Aset ini bagaimanapun susut lebih 6% dari paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $67,000 yang direkod pada minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat