‘Masyuklah’ Penguasa Getah Asia Kalau Macam Ni!

3,615

Harga getah melonjak ke tahap tertinggi dalam tempoh lebih dari 3 tahun kerana permintaan sarung tangan meningkat akibat krisis Covid-19 dan penggunaan industri melambung di China, sementara krisis bekalan didakwa berlaku dengan pengeluar berebut untuk menambah stok.

Selain itu, pengeluaran di seluruh Asia Tenggara yang menyumbang lebih dari dua pertiga daripada bekalan getah asli telah dilanda krisis kekurangan tenaga kerja yang didorong oleh penularan coronavirus serta banjir dan cuaca yang tidak baik di Thailand dan Vietnam.

Menurut Shinichi Kato, presiden peniaga bahan getah Shinichi Kato Office, spekulasi berhubung meningkatnya ketegangan antara pihak berkuasa dan penunjuk perasaan anti-pemerintah di Thailand dapat menyebabkan gangguan bekalan juga memicu kebimbangan mengenai penawaran getah.

Selain itu, niaga hadapan getah di Bursa Osaka Jepun telah mencapai tahap tertinggi sejak Februari 2017 pada hari semalam, setelah melonjak lebih dari 40% sejak akhir September. Manakala kontrak getah paling aktif di bursa niaga hadapan Shanghai juga berada pada paras tertinggi selama tempoh 3 tahun dan meningkat 26% pada tahun ini. Di samping itu, pasaran di Singapura dan Thailand juga menyaksikan demonstrasi curam.

Hal ini demikian kerana permintaan sarung tangan getah global telah meningkat lebih dari 20% tahun ini menjadi 360 bilion keping disebabkan oleh penularan wabak pandemik coronavirus dan merupakan lonjakan terbesar tahunan yang dicatatkan.

Berdasarkan kenyataan yang dikemukakan oleh penganalisis kanan Economic Intelligence Center,   Kanyarat Kanjanavisut,  permintaan sarung tangan getah dijangka akan terus meningkat selagi tidak ada vaksin untuk Covid-19. Untuk baki 2 bulan dalam setahun, permintaan masih melambung tinggi.

Tambahan daripada itu, Malaysia, yang merupakan pusat pembuatan sarung tangan getah yang menjadi lokasi Top Glove, menyaksikan eksport sarung tangannya meningkat 48% serta meramalkan kekurangan sarung tangan global akan meningkat hingga suku pertama 2022.

Namun, terdapat kebimbangan bahawa pengeluaran getah sedia ada tidak mampu untuk menampung permintaan pasaran asing yang semakin meningkat.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat