‘Mata Wang Kripto Bukan Lagi Tulip Mania!’ – Timbalan Presiden Hyundai Card

1,383

Timbalan presiden Hyundai Card, Chung Tae-young menyifatkan peningkatan minat terhadap non-fungible token (NFT) dan metaverse telah menyelamatkan kripto daripada fasa tulip mania.

Melalui perkongsiannya di laman media sosial, Facebook, Chung akui walaupun pasaran kripto ada turun naiknya, jelas mata wang kripto sudah melepasi fasa tulip mania yang terkenal pada era Dutch Golden Age di Belanda.

Hyundai Card merupakan sebuah firma kad kredit di bawah Hyundai Motor Group yang terletak di Seoul, Korea Selatan.

Syarikat ini pernah bekerjasama dengan subsidiari blockchain Kakao, Ground X untuk memperkenalkan NFT bagi kad kredit dan penjanaan rekod pembayaran.

Walaupun NFT masih dilihat tidak masuk akal bagi segelintir komuniti, Chung percaya NFT dan metaverse telah membawa erti sebenar penggunaan aset maya.

Ini juga termasuk dengan mempelbagaikan pelaburan kripto sama seperti budaya digital dan hartanah.

Sebagai rekod, era tulip mania sering dikaitkan dengan pasaran kripto yang bubble kerana pada abad ke-17 berlaku situasi di mana sebatang bunga tulip bersamaan nilai sebuah rumah.

Anda boleh tonton video di bawah untuk lebih faham apa itu tulip mania:

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat