Mata Wang Utama Terus Tenggelam Ditelan Raja USD!

3,648

Pengukuhan US dolar terus membenam dagangan mata wang utama lebih rendah pada pembukaan sesi Eropah dengan masih disokong oleh kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed) untuk kenaikan kadar faedah lebih agresif pada mesyuarat akan datang.

Powell memberitahu bahawa kenaikan sebanyak setengah mata asas akan dilaksanakan pada mesyuarat bulan depan, di mana peningkatan kadar akan dilaksanakan berturut-turut tahun ini.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback melonjak ke paras tertinggi terbaharu sejak Mac 2020 pada 101.00 berbanding kebanyakan mata wang utama.

Peningkatan ini turut disusuli dengan junaman mata wang pound yang susut ke paras harga 1.2900 selepas menyaksikan penguncupan ketara dalam data jualan runcit UK yang menunjukkan impak daripada kenaikan harga terhadap perbelanjaan pengguna.

Sementara data PMI pembuatan UK yang baharu sahaja diterbitkan pula hanya memaparkan sedikit pertumbuhan pada bulan April, manakala aktiviti perkhidmatan pula merosot di bawah jangkaan dengan jatuh ke tahap paling rendah sejak November 2021.

Selain itu, dagangan euro juga turut terkesan dengan lonjakan US dolar pada sesi Eropah yang memperlihatkan mata wang itu didagangkan suram pada sekitar harga 1.0800.

Bacaan data PMI pembuatan dan perkhidmatan di Zon Eropah menunjukkan angka yang positif pada bulan April, tetapi aktiviti perkilangan sedikit suram di Jerman, ekonomi terbesar Eropah.

Dalam pada itu, kekuatan greenback turut mendorong dolar Aussie untuk merosot ke paras terendah satu bulan sementara dolar New Zealand pula tergelincir ke tahap terlemah dua bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat