Matawang AS Dolar Mendapat Keuntungan Ekoran Kebimbangan Perang Dagang Memaksa Pelabur Mencari Aset Selamat.

615

Awal sentimen Asia, data perbelanjaan modal individu Australia untuk suku tahun pertama 2019 menunjukkan penurunan sebanyak 1.7% daripada kenaikan 1.3% sebelum ini dan di bawah jangkaan pasaran 0.5%. Atas faktor data ini merupakan salah satu komponen data KDNK, data ini akan memberi sedikit impak yang kurang baik kepada pertumbuhan ekonomi Australia.

Matawang A.S. Dolar hari ini mendapat sedikit permintaan ekoran kebimbangan yang semakin meningkat dalam pertikaian perdagangan AS-China memaksa pelabur untuk mencari aset yang selamat.

Bukan itu sahaja, kenaikan USD juga disokong oleh kelemahan Euro selepas terdapat ketidakpastian yang melingkari prospek ekonomi zon Eropah dan masa depan politik yang masih tidak jelas.

Euro buat masa ini ditekan oleh krisis hutang Itali. Terbaru, Timbalan Perdana Menteri Itali, Matteo Salvini berkata Suruhanjaya Eropah boleh mendenda Itali sebanyak 3 bilion Euro atas pelanggaran peraturan hutang dan defisit Kesatuan Eropah.

Sementara itu, matawang safe-haven Yen dan Chf dijangka menjadi tarikan selepas akhbar tempatan China pada Rabu telah menyatakan amaran bahawa Beijing bakal menggunakan elemen nadir bumi atau ‘rare earth’ untuk bertindak balas terhadap ancaman yang dikenakan Amerika Syarikat selepas Presiden Donald Trump membuat kenyataan bahawa beliau masih belum bersedia untuk meneruskan rundingan dagangan bersama China buat masa ini.

Pelabur akan memberi fokus terhadap data ekonomi Amerika Syarikat hari ini untuk mengukur tahap kesihatan ekonomi terbesar dunia itu. Bacaan anggaran kedua untuk suku tahun pertama bagi kadar pertumbuhan domestik akan menjadi tumpuan dan begitu juga bagi data tuntutan pengangguran mingguan di Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat