Matawang Asia Kembali Menyusut, Ekonomi Global Berdepan Krisis Kewangan Terburuk Sejak 1930?

415

US dolar terus memanjangkan penurunan pada sesi pasaran Asia hari ini ketika para pelabur dengan berhati-hati mendapatkan matawang berisiko berikutan data ekonomi yang lebih baik daripada yang dijangkakan dari China.

Kemerosotan dan eksport dan import China pada Mac semakin berkurangan berbanding kejatuhan ketara yang dicatatkan pada dua bulan pertama 2020. Ini menggambarkan jangkaan terhadap impak coronavirus ke atas ekonomi negara itu tidak seteruk yang disangkakan.

Sementara itu, kenyataan Trump mengenai pembangunan semula ekonomi Amerika telah menambah ketidakpastian memandangkan ancaman COVID-19 dilihat masih tinggi, walaupun kes jangkitan dan kematian mula menunjukkan tanda-tanda penurunan.

Trump pada hari Selasa mengatakan bahawa beliau akan bercakap dengan gabenor dari semua 50 negeri dan memberi kuasa kepada mereka untuk membuka ekonomi tepat pada waktunya.

Di sisi lain, matawang Asia iaitu dolar Aussie dan New Zealand kembali mempamerkan penyusutan setelah meningkat pada sesi sebelumnya, ditekan oleh kenyataan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bahawa kerosakan ekonomi telah terjadi walaupun terdapat beberapa negara cuba membuka semula ekonomi mereka.

IMF menjangkakan ekonomi global pada tahun ini berkemungkinan besar akan mengalami krisis kewangan yang terburuk sejak kemelesetan ekonomi dunia yang berlaku pada tahun 1930.

Sementara itu, matawang pound diniagakan meningkat ke paras ketinggian satu bulan berbanding US dolar dan euro disokong oleh pemulihan dalam sentimen berisiko, walaupun penganalisis memberi amaran bahawa Britain mungkin menjadi negara yang paling terjejas teruk di Eropah.

Matawang euro juga meraih manfaat daripada pemulihan sentiment berisiko menyebabkannya terus diniagakan meningkat berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat