Matawang AUD, JPY dan GBP Naik Ke Turun Tu?

143

Aussie melemah dan yen melonjak dalam sesi Asia pada Jumaat berikutan penurunan jualan rumah di Australia. Angka ini dikatakan susut dari angka yang pernah dicatat sebelum ini.

USD/JPY menurun 0.05%, manakala AUD/USD menurun 0.03%. Dalam masa yang sama, matawang Pound meningkat dalam sesi ini.

USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit

Jualan rumah baru di Australia bagi bulan Oktober meningkat 3.8% berbanding 6.1% pada bulan September. Angka ini tersasar sedikit dari ramalan awal.

Terdahulu di Jepun, kedua-dua data iaitu data CPI dan teras CPI menurun sebanyak 0.5%. angka ini sekali gus mencerminkan ketidaktentuan pertumbuhan global dan domestik. Kekurangan pertumbuhan gaji juga merupakan faktor yang akan mendorong kepada angka sasaran inflasi sebanyak 2% agak mustahil untuk dicapai.

Pun begitu, kadar pengangguran dicatat menurun.

US Dollar Index, yang mengukur kekuatan matawang Greenback jatuh kepada 98.88.

Pada Jumaat ini, pelabur dikatakan menunggu data pertumbuhan suku ketiga yang dijangka menunjukkan pemulihan ketara daripada angka suku kedua.

Semalam, US Dollar melonjak lebih tinggi berbanding matawang utama yang lain pada Khamis walaupun laporan ekonomi dari AS dikeluarkan bercampur-campur.

Bilangan rakyat Amerika Syarikat yang memfailkan faedah awal pengangguran jatuh sebanyak 3,000 orang, sekali gus mencerminkan kekuatan pasaran buruh.

 

LHDN Sasar Kutipan Cukai Langsung RM115 Billion Tahun Ini!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat