Sentimen Pasaran Beransur Pulih Selepas Data Perdagangan China

349

Pengukuhan data perdagangan China pada Jumaat telah membantu memperbaiki sentimen pasaran dengan matawang AUD paling banyak mendapat faedah.

Dalam data imbangan perdagangan (trade balance) yang dikeluarkan pada pukul 11 pagi tadi menunjukkan lebihan dagangan (trade surplus) oleh negara China untuk bulan Jun semakin meningkat.

Imbangan perdagangan adalah hasil eksport tolak import yang mana jika hasilnya positif, ia dipanggil trade surplus (lebihan dagangan) dan sebaliknya dipanggil trade defisit (kurangan dagangan).

Ekonomi kedua terbesar dunia ini merekodkan lebihan dagangan sebanyak CNY$261.9 billion, lebih tinggi berbanding CNY$157 billion yang dicatatkan pada bulan Mei. Keseluruhannya, eksport daripada China meningkat sebanyak 3.1% dengan import meningkat 6.0%.

Dengan isu perdagangan yang sedang hangat diperkatakan dan menjadi tumpuan pasaran ketika ini, sudah tentu pelabur fokus kepada imbangan dagangan China terhadap Amerika Syarikat. Walaupun, Trump sebelum ini berusaha untuk mengurangkan defisit dagangan dengan rakan dagangnya, namun kritikan yang dilemparkan kepada China selama ini tidak memberi kesan positif kepada Amerika Syarikat dari segi perdagangan.

Mengejutkan, lebihan dagangan oleh China ke Amerika Syarikat semakin meningkat pada Jun dan mencapai paras tertinggi dalam sejarah iaitu $28.97 billion.

Kesan Positif Kepada AUD

Data perdagangan China sebenarnya penting untuk dilihat oleh pasaran kerana ia menggambarkan kesihatan ekonomi global. Biasanya data perdagangan China banyak memberi kesan kepada matawang Aussie kerana kebergantungan Australia terhadap eksport ke negara ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat