Matawang Berisiko Dipinggirkan, Pelabur Kembali Dapatkan Safe-Haven

914

Pandemik coronavirus kekal menjadi pemacu utama kepada pergerakan matawang pada sesi dagangan Asia hari ini, di mana beberapa matawang utama menunjukkan penurunan walaupun risiko dalam pasaran telah mulai pulih.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama diniagakan meningkat 0.13% kepada 100.10.

Sementara berbanding safe-haven yen, US dolar kembali menunjukkan sedikit peningkatan selepas menyusut pada sesi sebelumnya walaupun terdapat kenaikan dalam pasaran ekuiti berikutan kes pandemik mula menunjukkan pemulihan.

Ini menunjukkan para pelabur kembali mendapatkan US dolar sebagai aset safe-haven walaupun dengan hanya mencatatkan peningkatan sederhana.

Sementara itu, matawang euro meningkat susulan pengumuman Bank Pusat Eropah (ECB) yang memperkenalkan langkah-langkah pelonggaran cagaran sementara untuk memudahkan pembiayaan bank terhadap pinjaman kepada korporat dan isi rumah.

Matawang pound kembali stabil selepas Perdana Menteri UK Boris Johnson yang dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) semalam dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Sementara ahli kabinet, Michael Glove mengumumkan beliau sedang mengkuarantinkan diri berikutan salah seorang dari ahli keluarganya menunjukkan simptom coronavirus.

Bagi matawang Asia, dolar Aussie menunjukkan penurunan selepas mencatatkan peningkatan berbanding US dolar yang sebelum ini disokong oleh keputusan Reserve Bank of Australia (RBA) yang mengekalkan kadar faedah pada paras terendah 0.25%.

Selain itu, dolar kiwi juga didagangkan menyusut didorong oleh kenyataan Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) yang bersedia untuk meningkatkan saiz pelonggaran kuantitatif (QE) bagi menangani impak COVID-19 terhadap ekonomi negara itu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat