Matawang CAD Bangkit Berbanding USD?, Ini Situasi Pasaran Trader Harus Cakna!

281

Matawang dolar Kanada mengukuh lebih tinggi berbanding matawang US dolar pada Khamis, pulih dari paras terendah satu minggu kerana data jumlah tuntutan pengangguran Amerika Syarikat membantutkan pergerakan US dolar.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang lain susut sebanyak 0.370% kepada paras tukaran 92.127 setakat jam 10.15 p.m. Kejatuhan US dolar semakin besar susulan laporan tuntutan faedah penggaguran tidak memberangsangkan dengan meningkat kepada jumlah 744,000 permohonan bagi minggu yang berakhir April 3.

Bacaan ini meningkat berbanding minggu sebelumnya yang mencatat jumlah tuntutan hanya 728,000, iaitu antara angka paling sedikit sejak pertengahan Mac 2020. Dimana Mac tahun lepas, kerajaan telah mengenakan perintah berkurung dan menyebabkan banyak sektor ekonomi ditutup bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Selain itu, matawang greenback juga ditekankan oleh jaminan pada hari Rabu
dari Federal Reserve yang menyokong pembelian bon bagi memulihkan ekonomi.

Dolar Kanada diniagakan 0.1% lebih tinggi pada 1.2600 berbanding US dolar setelah didagangkan pada paras terendah harian sejak 31 Mac. Disisi berbeza, laporan pekerjaan Kanada untuk bulan Mac, dijadualkan pada hari Jumaat akan memberi pentujuk lanjut mengenai dasar Bank Pusat Kanada.

Bank Pusat melaporkan bahawa mereka lebih optimis mengenai prospek pertumbuhan ekonomi,,sementara beberapa pakar strategi menjangkakan bank pusat akan mengurangkan pembelian bon pada 21 April nanti.

Walaupun secara umumnya, pemain pasaran postif dengan ekonomi Kanada, namun bandar-badar yang mempunyai kepadatan penduduk yang ramai telah mula melaksanakan perintah tinggal di rumah selama 4 minggu dan kedai-kedai runcit bukan utama ditutup.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat