Matawang CAD Jatuh Mendadak : Data Ekonomi Kanada Jauh Meleset Dari Jangkaan

667

Matawang CAD jatuh mendadak sejak pukul 8.30 malam tadi apabila beberapa data ekonomi Kanada yang dikeluarkan merekodkan prestasi yang tidak memuaskan.

Matawang CAD bukan sahaja melemah berbanding US dollar, tetapi ia juga melemah berbanding beberapa matawang utama yang lain termasuk Euro, GBP dan AUD.

Data tumpuan utama pasaran terhadap Kanada hari ini adalah bacaan inflasi (CPI) di mana bacaan bulanan (MoM) hanya naik 0.1% berbanding jangkaan kenaikan 0.4%. Bukan itu sahaja, bacaan data jualan runcit juga jauh meleset daripada jangkaan dengan mencatat kemerosotan 0.1% berbanding jangkaan kenaikan 0.5%.

Bacaan data ekonomi yang jauh meleset daripada jangkaan ini sudah tentu mengurangkan jangkaan terhadap pengetatan polisi monetari Kanada di masa akan datang. Dengan suasana sentimen ekonomi Kanada yang masih diselubungi oleh isu rundingan dagangan, matawang CAD ketika ini dijangka terus tertekan.

Selain itu, tumpuan pasaran terhadap CAD hari ini juga terarah kepada isu rundingan OPEC untuk menetapkan peningkatan pengeluaran minyak mentah. Namun, penetapan gagal menambah tekanan kepada Loonie (CAD) sekitar pukul 8 malam pada Jumaat.

Sumber Reuters melaporkan bahawa menter-menteri OPEC bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran minyak mentah sehingga satu juta tong sehari. Apa yang berlaku adalah peningkatan harga minyak WTI (West Texas Intermediate) yang mengurangkan sedikit tekanan terhadap CAD ketika ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat