Matawang Crypto Bitconnect Coin Runtuh Dalam Sekelip Mata – Pelabur Sengsara

1,923

Pada hari Rabu, dunia pasaran Crypto digemparkan dengan berita penutupan plaform pertukaran dan  perkhidmatan pinjaman oleh Bitconnect. Hal ini menyebabkan pelabur dan ahli-ahli Bitconnect tergamam kerana ia berlaku tanpa sebarang notis atau berita.

Harga Bitconnect jatuh menjunam sebanyak 90% berikutan kepanikan pelabur dengan menjual bahagian mereka.


Bitconnect coin bersifat open source (boleh diakses oleh siapa sahaja), peer-to-peer dan tidak dikawal. Bezanya matawang crypto ini menawarkan sistem yang membolehkan pemilik menyimpan dan melabur kekayaan mereka dan menjana pulangan yang besar atas pelaburan mereka.

Justeru siapa yang membeli BitConnect Coin boleh menerima faedah (interest) hanya dengan menyimpan BitConnect Coin dalam wallet mereka.

Bitconnect menyediakan beberapa peluang mengikut tingkat risiko, keuntungan dan kemahiran masing-masing. Antaranya ialah melalui staking (diwujudkan sebagai sebuah penyimpan aset), trading melalui platform yang disediakan dan mining. Selain itu, bitconnect juga menawarkan pelaburan melalui lending/pinjaman.

Namun apa yang berlaku semalam, Bitconnect telah menutup operasinya dengan alasan bahawa website yang dikendalikan olehnya telah diserang penggondam. Bitconnet juga memberi alasan bahawa syarikat mereka mendapat tantangan daripada kerajaan terutama dari Texas State Securities Board, dan dari North Carolina Securities.

Segala perkhidmatan pemberian pinjaman dan perkhidmatan pertukaran di laman bitconnect.co ditutup.

Harga bitcconnect coin (BCC) jatuh daripada harga $280.3 seunit yang dikecapi pada 16/1 kepada $20.9 seunit.

Peristiwa ini juga telah memberi kesan mendalam kepada pelabur-pelabur kerana jumlah wang pelaburan hangus dalam masa 1 hari. Selain itu, ia juga beri kesan negatif terhadap pasaran crypto itu sendiri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat