Matawang Crypto Libra Ditekan – Ini Yang Terjadi Terhadap Facebook!

419

Saham Facebook didagangkan rendah pada hari Isnin berikutan penggubal undang-undang berhasrat untuk menghalang syarikat teknologi itu daripada menerbitkan matawang crypto sendiri.

Dalam laporan yang dinukilkan, Reuters mendapati terdapat dokumen daripada Demokrat di House Financial Services Committee yang mencadangkan peraturan untuk menghalang Facebook dan syarikat lain daripada mengeluarkan matawang crypto (matawang digital) dan menawarkan produk kewangan ataupun perbankan.

Pada minggu lepas, Presiden Donald Trump telah mengeluarkan kenyataan bahawa matawang crypto Facebook iaitu Libra tidak ‘memiliki prinsip yang kukuh mahupun boleh diharap’ dan mencadangkan Facebook berkemungkinan dikhendaki mendapat piagam perbankan.

Berdasarkan Reuters, draf tersebut menyatakan sebuah platform besar tidak boleh menubuhkan, menyelenggara atau mengendalikan aset digital yang bertujuan untuk digunakan secara meluas sebagai medium pertukaran, unit akaun, menyimpan nilai, atau fungsi lain yang serupa.

Saham Facebook jatuh sebanyak 1% pada permulaan dagangan. Harga bitcoin juga turut terkesan dengan laporan ini dengan jatuh sebanyak 7% kepada $10,193.00.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat