Matawang Dolar AS Mendapat Permintaan Menjelang Data Jualan Runcit Manakala Pound Sterling Merosot Ekoran Kebimbangan Brexit

908

Permulaan pasaran forex minggu ini menyaksikan terdapat perbezaan jarak (gap) pada matawang Pound selepas ketidaktentuan Brexit kembali menguasai pasaran apabila terdapat kemungkinan perjanjian Perdana Menteri Theresa May bakal ditolak oleh penggubal undang-undang UK menjelang undian bermakna pada hari esok.

Sementara itu, matawang Euro bakal didagangkan rendah oleh kerana beberapa faktor. Salah seorang ahli majlis European Central Bank iaitu Benoit Coeure menyentuh mengenai kelembapan zon Eropah dengan mengatakan bahawa secara keseluruhannya Eropah melemah daripada jangkaan. Beliau juga menambah bahawa Itali adalah satu-satunya negara dalam zon Eropah yang tidak berkembang.

Bukan itu sahaja, pengeluaran perindustrian di Jerman terus menurun pada bulan Januari sekaligus menambah tanda-tanda yang menunjukkan kelembapan ekonomi terbesar di Eropah dengan bacaan menunjukkan data ini jatuh sebanyak -0.8% di bawah jangkaan pasaran 0.4%.

Berbalik kepada matawang Asia khususnya matawang Dolar Australia, AUD diniagakan meningkat namun dijangka terhad dalam peningkatan ini apabila kadar inflasi China yang dikeluarkan pada hujung minggu hadir pada bacaan yang merosot daripada sebelum ini sekaligus menunjukkan permintaan yang berkurangan dalam ekonomi kedua terbesar di dunia.

Menjelang pasaran New York malam ini, antara yang menjadi tumpuan pelabur dalam kalendar ekonomi adalah data jualan runcit Amerika Syarikat untuk bulan Januari 2019 yang akan mencerminkan pertumbuhan KDNK di AS. Kenaikan harga petrol dan purata pendapatan dijangka memberikan kelebihan pada data ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat