Matawang Dolar Dilihat Sedang Berjuang Untuk Mengukuh Berbanding Matawang Utama Yang Lain

547

Dolar kelihatan masih berjuang untuk mengukuh pada dagangan hari ini dengan para pelabur semakin yakin bahawa Federal Reserve tidak akan menaikkan kadar faedahnya pada tahun ini atas faktor kelembapan yang ketara dalam pertumbuhan ekonomi global. Walaubagaimanapun, Dolar mengukuh sedikit pada dagangan hari ini. Tetapi secara keseluruhannya, indeks Dolar telah kehilangan kira-kira 2% sejak pertengahan Disember.

Beralih kepada Euro pula, matawang itu menurun lebih kurang 0.2% selepas menyentuh zon tertinggi 1.14850 untuk hari ini. Kekuatan Euro sejak tiga sesi dagangan sebelum ini mengejutkan beberapa para pelabur kerana pertumbuhan dan inflasi masih lagi lemah di Zon Eropah dan jauh di bawah sasaran bank pusat Eropah (ECB).

Dalam perkembangan di Britain pula, Pound bergerak agak mendatar pada permulaan sesi Eropah hari ini, namun pasaran menjangkakan Sterling dijangka tidak menentu dalam tempoh beberapa minggu akan datang kerana permasalahan Brexit. Terbaru, Presiden Theresa May mesti memenangi undian pada peringkat Parlimen yang dijadualkan akan bermula pada 14 Januari ini untuk memudahkan perjanjian Brexitnya diluluskan. Tanpa kelulusan ini, pengunduran Britain dari Eropah akan menjadi huru-hara.

Sementara itu, Aussie diniagakan agak rendah pada hari ini sekitar 0.71360. Tetapi pasaran masih lagi melihat Dolar Australia akan mendapat permintaan dalam jangka masa pendek. Hal ini disokong oleh sentimen terbaru mengenai rangsangan agresif di China, pengimport terbesar di Australia dan juga peningkatan prospek yang optimis kepada perbincangan perdagangan Amerika Syarikat bersama China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat