Matawang Eropah Jadi Tumpuan, Sidang Kemuncak EU Dinanti

447

Indeks dolar meluaskan pengukuhannya ke paras tertinggi sejak November 2020, dengan didagangkan menguat pada 92.70 berbanding sekumpulan matawang utama.

Pasaran saham global berada pada tahap terendah dua minggu disebabkan penjualan besar-besaran saham teknologi China kerana kebimbangan ia akan dinyahsenaraikan dari bursa saham Amerika.

Hal ini telah memberi dorongan buat matawang US dolar untuk terus mengekalkan momentum kenaikannya sehingga ke sesi Eropah.

Matawang euro terus berada di bawah tekanan disebabkan perbezaan tindak balas Eropah yang jauh tertinggal di belakang berbanding Amerika Syarikat dalam menangani pandemik Covid-19.

Keputusan Canselor Jerman Angela Merkel untuk membatalkan rancangannya untuk pelaksanaan lockdown pada cuti Easter Day, tidak banyak meningkatkan sentimen.

Matawang pound didagangkan stabil berbanding USD selepas mencatatkan kemerosotan dua hari berturut-turut disebabkan kebimbangan bahawa Kesatuan Eropah (EU) mungkin menyekat eksport vaksin ke Britain.

Bagaimanapun, ketegangan antara UK dan EU kembali reda selepas kedua-dua pihak mengeluarkan pernyataan bersama untuk bekerjasama dalam mewujudkan situasi menang-menang bagi mengatasi isu bekalan vaksin.

Pertemuan para pemimpin EU di sidang kemuncak pada hari Khamis dan Jumaat mungkin akan menawarkan penyelesaian mengenai masalah bekalan vaksin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat