Matawang ETF : Apakah Fungsinya Dalam Forex?

528

Matawang ETF (exchange-traded funds) digunakan untuk mengesan prestasi matawang tunggal di pasaran forex berbanding dolar Amerika Syarikat atau sekumpulan matawang.

Matawang tersebut boleh didapati melalui pelbagai alternatif seperti deposit tunai, hutang jangka masa pendek dalam matawang dan kontrak masa hadapan atau swap.

Pada masa yang lalu, pasaran ini hanya boleh diakses oleh trader yang berpengalaman. Namun begitu, peningkatan dana yang didadangkan dalam tempoh 10 tahun telah menyebabkan pembukaan pasaran forex kepada semua jenis pelabur.

Apakah fungsi ETF?

ETF digunakan oleh para trader untuk mencari pendedahan kepada pasaran forex dan cenderung untuk berurusniaga di luar pasaran niaga hadapan.

Matawang tersebut semakin popular apabila ianya menawarkan alternatif mudah dan murah kepada trader untuk trade forex dalam waktu dagangan biasa.

Selain itu, ETF mampu untuk mengesan kebanyakan matawang global merangkumi dolar Amerika Syarikat, dolar Kanada, Euro, pound British dan yen Jepun.

Di samping itu, dagangan ETF ialah dagangan spekulatif pada kadar pertukaran matawang asing. Para traders akan menilai dua kencederungan sama ada matawang teras kukuh atau matawang kaunter lemah.

Mereka akan membuka sesi dagangan dalam tempoh masa yang panjang untuk matawang tersebut.

Sebagai contoh, CurrencyShares Euro Trust (FXE) meningkat apabila euro menunjukkan prestasi yang baik manakala dolar Amerika Syarikat jatuh.

Selain daripada mendapat ganjaran matawang, traders akan menerima bayaran kadar faedah dari semasa ke semasa kerana memegang matawang.

Seterusnya, ETF menyediakan kepelbagaian kepada portfolio saham dan bon tradisional dengan melindungi nilai mereka ketika krisis ekonomi terjadi.

Kesimpulannya, produk yang berbeza menawarkan pelbagai peluang ganjaran dan memberi pendedahan kepada matawang yang berlainan.

Forex trading yang melibatkan banyak matawang mungkin menawarkan kestabilan lebih daripada satu matawang, tetapi potensinya adalah rendah.

Banyak garis panduan kewangan moden yang menekankan kepelbagaian dan pengurusan risiko dalam forex trading. Oleh itu, forex trader perlu memahami istilah-istilah penting dan mempraktikkan garis panduannya agar dapat menjamin forex trading yang berhasil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat