Matawang Euro Dan Pound Raih Peningkatan, US Dolar Terus Melemah

418

Setakat pasaran sesi Eropah, US dolar terus melemah berbanding yen sementara matawang utama lain pula mula mengehadkan pergerakan masing-masing ketika dagangan pada hari terakhir 2019.

Permintaan terhadap aset berisiko meningkat apabila ketegangan antara Amerika Syarikat dan China semakin berkurang serta turut didorong oleh unjuran terhadap pertumbuhan global yang lebih baik.

Kenyataan penasihat perdagangan White House, Peter Navarro mengenai perjanjian fasa 1 mungkin ditandatangani pada minggu depan dan kunjungan daripada Naib Perdana Menteri China Liu He ke Washington pada minggu ini telah meningkatkan keyakinan mengenai hubungan perdagangan dua negara itu.

Pound sterling dilihat meningkat berlegar di sekitar paras tertinggi dua minggu berbanding dolar USD meskipun ketidakpastian Brexit masih membelenggu pasaran.

Terbaru, dua pesuruhjaya Kesatuan Eropah (EU) menyatakan pendapat mereka bahawa Perdana Menteri UK Boris Johnson mungkin terpaksa melanjutkan tempoh peralihan untuk memeterai perjanjian dagang bersama EU.

Pasangan matawang EUR/USD terus mempamerkan peningkatan dengan kenaikan harga didorong oleh kelemahan permintaan US dolar berbanding matawang utama. Tanda-tanda pemulihan dalam ekonomi zon Eropah dan jangkaan terhadap rangsangan fiskal oleh Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) turut mengangkat dagangan matawang itu.

Dagangan logam kuning pula terus mengukuh pada Selasa menghampiri paras ketinggian tiga bulan dengan diniagakan pada $1524.00 manakala niaga hadapan emas meningkat 0.5% kepada $1,526.85.

Dengan peningkatan yang diraih melebihi 18%, harga emas bakal mencatat prestasi tahunan terbaiknya sejak 2010 berikutan kesan daripada perang dagang antara dua ekonomi terbesar dunia dan ‘quantitative easing’ daripada beberapa bank pusat utama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat