Matawang Euro Lemah Pada Isnin Jatuh Berbanding USD, GBP, CAD & AUD

109

Permintaan terhadap matawang Euro kukuh sejak beberapa bulan lalu dengan data ekonomi Zon Eropah yang baik. Walaupun dengan perkembangan yang terus positif, Euro gagal mengukuh berbanding Sterling dan berbanding US dolar pada Isnin.

Kadar pengangguran Zon Eropah menyusut pada Oktober kepada 8.8% daripada 8.9% dengan data inflasi CPI mencatat 1.5% kurang daripada jangkaan 1.6%.

Data PMI pembuatan juga melebihi jangkaan di mana data mencatat bacaan 60.1 berbanding kenaikan ke paras 60.

Data-data Eropah pada minggu lalu bercampur-campur dengan data inflasi CPI Jerman menepati jangkaan kenaikan 0.3%. Data jualan runcit di Jerman agak membimbangkan dengan meleset (-1.2%) jauh daripada jangkaan kenaikan 0.3%.

Tidak banyak data ekonomi yang akan dikeluarkan minggu ini di mana ucapan oleh ahli bank pusat juga agak minima. Pasaran akan terus menumpukan kepada mesyuarat Eurogroup esok, yang dihadiri oleh Presiden EuroGroup, Menteri kewangan dari zon-Eropah dan juga Presiden ECB. Eurogroup menggubal polisi ekonomi untuk 19 negara zon-Eropah.

Sedikit kebimbangan kepada Zon Eropah dengan tinjauan Sentix yang dikeluarkan hari ini menunjukkan sentimen pelabur jatuh lebih daripada jangkaan pada Disember. Tinjauan ini dibuat berdasarkan 975 pelabur jatuh ke paras 31.1 pada Disember dari 34.0 bulan lalu.

Dalam tinjauan berasingan terhadap Jerman turut merekod kejatuhan yang mempunyai kaitan dengan ketidaktentuan politik dengan kegagalan Angela Merkel membentuk kerajaan gabungan bulan lalu.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat