Matawang Euro Melonjak Sebentar Tadi Dengan Risiko Politik Itali Berkurangan

893

Selepas melemah secara keseluruhan pada Selasa, matawang tunggal (Euro) sekitar pukul 9 pagi tadi membuat lonjakan berikutan laporan positif dari Itali. Akhbar Itali melaporkan bahawa kerajaan Itali merancang untuk mengurangkan defisit perbelanjaan kepada 2% menjelang 2021

Sebelum ini kerajaan mencadangkan defisit sebanyak 2.4% pada 2019, seterusnya 2.2% pada tahun 2020. Akhbar berkenaan menyatakan pemotongan bajet kepada 2% adalah disebabkan oleh tekanan daripada EU.

Jadi kenapa matawang Euro menguat?

Kesediaan kerajaan Itali untuk mengurangkan defisit perbelanjaan dilihat mengurangkan risiko pertelagahan dengan Kesatuan Eropah. Dalam jangka panjang, pengurangan bajet juga dilihat dapat mengurangkan hutang kerajaan Itali yang kini berada pada paras 130% kepada GDP.

Matawang Euro pada Selasa tertekan disebabkan oleh ketidaktentuan politik di Itali selepas beberapa komen yang dikeluarkan oleh pembuat dasar.

US dollar menguat dengan Euro melemah pada Selasa selepas ahli politik Itali berkata semua masalah akan dapat diselesaikan jika mereka kembali kepada matawang mereka sendiri. Komen seperti ini sudah tentu memberi risiko kepada pasaran tunggal Eropah dan kita melihat Euro tertekan berbanding matawang lain semalam.

Untuk pengetahuan anda, kerajaan Itali baru sahaja memuktamadkan bajet 2019 tetapi perancangan bajet mereka berkemungkinan akan ditolak oleh Kesatuan Eropah kerana melebihi had yang ditetapkan.

Di Maio iaitu pemimpin parti campuran terbesar dalam kerajaan Itali pula berkata mereka tidak akan mengalah terhadap bajet yang telah dirancang. Beliau juga menyalahkan pemimpin Perancis dan Jerman yang mahukan kerajaan Itali gagal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat