Matawang Euro Meneruskan Kenaikan – Mesyuarat ECB Berlangsung Minggu Depan

562

Matawang Euro meneruskan kenaikannya pada Khamis selepas disokong oleh komen hawkish ahli-ahli ECB pada Rabu yang memberi petunjuk bahawa bank pusat Eropah itu akan mula menamatkan program pembelian bon seawal Oktober.

Matawang Euro setakat ini adalah matawang terkuat pada awal sesi Eropah pada Khamis. Pair EUR/USD naik 0.41% dengan EUR/AUD naik 0.61% setakat pada pukul 6.23 petang.

Ketua penganalisis ekonomi European Central Bank (ECB) Peter Praet berkata pada Rabu bahawa mereka semakin yakin bahawa inflasi akan naik semula ke paras sasaran bank pusat. Mereka juga akan membincangkan tentang pengetatan polisi pada minggu hadapan. Seorang lagi ahli ECB Klaas Knot berkata bank pusat perlu menamatkan pembelian bon secepat mungkin.

Komen ini telah menimbulkan spekulasi bahawa ECB dalam mesyuarat Jun berkemungkinan akan mengumumkan masa yang spesifik bilakah program pembelian bon itu akan ditamatkan.

Dengan kelemahan US dollar pada ketika ini, matawang Euro dijangka akan terus kuat. US dollar masih lagi digerakkan oleh kebimbangan pasaran terhadap tindakan polisi perdagangan Presiden Trump. Walaupun pasaran dilihat baik dari segi sentimen, tetapi masih ada kebimbangan terhadap isu perang perdagangan khususnya apabila negara seperti Mexico, Kanada dan Kesatuan Eropah berkata akan bertindakbalas terhadap halangan perdagangan oleh Amerika Syarikat.

Matawang Euro membuat penurunan yang banyak sejak beberapa minggu yang lalu disebabkan faktor pengukuhan US dollar dan juga ketidaktentuan politik Itali. Sejak kerajaan Itali dibentuk pada minggu lalu, Euro telah mengukuh semula dengan kembalinya keyakinan pelabur terhadap keadaan politik Eropah.

Bukan itu sahaja, baru-baru ini data inflasi CPI Zon-Eropah juga mencecah paras yang memberangsangkan 1.9% dari 1.2% sebelum itu. Ini menambah lagi potensi pengetatan polisi ECB, di mana bank pusat itu akan bermesyuarat pada minggu hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat