Matawang Euro Menyusut, Harga Minyak Meneruskan Kejatuhan

354

Pasaran Matawang

Matawang Euro menyusut berbanding US dolar dalam sesi dagangan Eropah.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain mengukuh sebanyak 0.18% kepada 90.39 setakat jam 05.50 p.m.

Matawang euro menyusut berbanding US dolar sebanyak 0.20% kepada 1.2237.

Matawang euro mula menyusut setelah mencapai paras tertinggi 3 tahun di tengah spekulasi pelabur bahawan bank pusat eropah akan mengurangi rangsangan kewangannya pada tahun ini.

Para pelabur memberi tumpuan pada data inflasi yang akan dikeluarkan pada petang nanti.

Pasaran Komoditi

Harga minyak mencatat kejatuhan dalam sesi dagangan Eropah.

Harga minyak mentah US WTI jatuh sebanyak 0.28% kepada $63.61. Harga minyak Brent jatuh sebanyak 0.30% kepada $68.94 setong.

Pelabur memberi tumpuan pada laporan data inventori minyak mentah US yang akan dikeluarkan dalam minggu ini.

Harga emas mulai mencatat kejatuhan berbanding sesi sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat