Matawang GBP Bergantung Kepada Rundingan Brexit Sehingga Hujung Tahun Ini

80

Matawang GBP didagang bercampur-campur setakat pada awal pembukaan sesi U.S. pada Isnin. Matawang GBP menguat berbanding USD, Euro, Aussie, Swissy dan CAD, manakala melemah berbanding Yen dan NZD.

Matawang GBP berjaya membuat kenaikan sehingga 174 pip minggu lalu berbanding USD dengan faktor utama disumbangkan oleh kelemahan dolar itu sendiri.

Sepanjang minggu lalu, pelabur dilihat mengambil kira perhimpunan Kesatuan Eropah (EU) yang bermula pada 29 November selama dua hari. Penganalisis menjangka pegawai EU akan memberi komen tentang perkembangan terkini rundingan dan pasaran akan fokus terhadap sama ada rundingan akan semakin positif sebelum tahun depan atau sebaliknya.

Kerajaan UK baru-baru ini menaikkan amaun yang mereka sudi bayar untuk merundingkan perjanjian perdagangan di masa hadapan. Hal ini telah menyokong kenaikan GBP minggu lalu dengan harapan semakin positif terhadap prospek ekonomi UK.

Namun, pada Isnin perjanjian terhadap Ireland Utara menunjukkan ia lebih sukar daripada dijangka. Pegawai EU sebelum ini teleh memberikan tempoh 10 hari kepada Theresa May untuk memberikan tawaran Brexit yang lebih baik termasuk permintaan terhadap sempadan Ireland Utara yang menjadi aspek utama permintaan EU dalam rundingan.

Matawang Sterling kini terarah pula kepada isu yang lebih kecil tetapi kompleks iaitu Ireland Utara.

Jika kerajaan UK cuba untuk mematuhi tempoh yang diberikan selama 10 hari bagi mempercepatkan rundingan sebelum hujung tahun, kita bakal melihat pengukuhan matawang GBP.

Sebaliknya, jika rundingan masih perlahan dan kekal buntu dalam jangka masa yang lama, pelabur akan semakin bimbang dengan rundingan UK-EU dan akan menyebabkan kata putus akan terus tertangguh. Hal ini juga akan menyebabkan prospek ekonomi UK yang semakin buruk seterusnya melemahkan GBP.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat