Matawang GBP Didagangkan Tinggi Berbanding US Dolar, Harga Minyak Terus Jatuh

579

Pasaran Matawang

Matawang GBP didagangkan tinggi berbanding US dolar pada hari Jumaat selepas laporan ekonomi UK yang dikeluarkan bercampur.

Matawang GBP/USD mengukuh sebanyak 0.27% kepada 1.3950.

Data pengeluaran pembuatan UK meningkat sebanyak 0.3% pada bulan Disember, sejajar dengan jangkaan penganalisis. Walaubagaimanapun pengeluaran industri jatuh 1.3%, sedikit tersasar daripada sasaran penganalisis.

Laporan lain yang dikeluarkan pula, imbagangan perdagangan semakin besar iaitu kepada £13.58 billion pada bulan Disember. Penganalisis malah menjangkakan defisit imbangan perdagangan akan semakin mengecil.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain menyusut kepada 90.14 setakat jam 05.55 p.m.

Pasaran Komoditi

Harga minyak meneruskan kejatuhan 2 hari berturut-turut sehingga pada hari Jumaat dalam sesi Eropah.

Minggu ini sahaja harga minyak telah jatuh hampir 5%. Prestasi terburuk mingguan selepas May 2017 yang mengalami kejatuhan 6.30%.

Isu yang berlaku dalam pasaran komoditi ketika ini ialah kejatuhan import minyak mentah US. Kedua peningkatan eksport minyak US ke China . Ketiga pengeluaran minyak mentah US yang tinggi dalam sejarah sejak tahun 1970, berdasarkan laporan EIA.

Harga minyak WTI jatuh 0.69% kepada $60.73 setong dan Brent jatuh kepada $64.50 setong setakat jam 05.55 p.m.

Harga emas mula menunjukkan kejatuhan sebanyak 0.10% kepada 1,317.70 .

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat