Matawang GBP Jatuh Pukul 5 Petang Tadi Berikutan Komen Oleh John Haskel

1,106

Matawang GBP kini tertekan dengan pasangan matawang GBP/USD jatuh lebih 60 pip sejak pukul 5 petang tadi. Pasangan matawang GBP yang lain juga tertekan seperti pair GBP/JPY, GBP/CHF dan GBP/CAD.

Dua daripada ahli Bank of England (BoE) iaitu John Haskel dan Ian McCafferty memberikan komen mereka terhadap ekonomi khususnya polisi monetari pada pukul 5 petang dalam majlis berasingan. Haskel memberi keterangan beliau di hadapan Majlis Perbendaharaan Parlimen di London, manakala McCafferty berucap di dalam sebuah forum di London berkaitan polisi monetari.

Haskel akan mengambil alih posisi McCafferty sebagai salah seorang ahli BoE bermula pada 1 September. Kita tahu McCafferty adalah seorang yang ‘hawkish’ di mana beliau adalah salah seorang daripada tiga ahli yang mengundi kenaikan kadar faedah bank pusat pada minggu lalu.

Disebabkan Haskel akan menggantikan McCafferty, maka penting untuk pasaran melihat sikap Haskel terhadap polisi monetari sama ada sama seperti McCafferty (hawkish) atau dovish.

Haskel berkata dalam pelantikannya di London, “Kesan Brexit terhadap ekonomi UK adalah sangat tidak menentu. Brexit, produktiviti adalah risiko terbesar kepada ekonomi.”

Beliau juga melihat risiko jika kadar faedah dinaikkan terlalu cepat. Dalam masa yang sama beliau berpendapat perlunya menambah rangsangan ekonomi jika pasaran kewangan berhadapan masalah. Beliau juga berpendapat terdapat banyak masalah kecil dalam ekonomi UK daripada apa yang kita jangka di mana ia akan melemahkan potensi kenaikan kadar faedah.

Jelas di sini, Haskel adalah seorang yang dovish yang akan menggantikan McCafferty (hawkish). Apa yang menyebabkan tekanan kepada matawang GBP adalah hakikat bahawa, ahli hawkish yang berkurangan dalam Bank of England sekaligus memberi kesan kepada penggubalan polisi monetari di masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat