Matawang GBP Melantun Semula Selepas Data Pekerjaan UK

586

Matawang GBP bergerak turun-naik (volatile) yang jelas dilihat pada pair GBP/USD, EUR/GBP pasangan matawang GBP yang lain. Ini berikutan selepas pengumuman data pekerjaan UK pada pukul 4.30 petang pada Selasa.

Data yang dikeluarkan Pejabat Statistik menunjukkan bacaan yang mengecewakan dengan kadar gaji (Average Earning Index) hanya merekodkan kenaikan 2.6% berbanding jangkaan 2.7%. Data tuntutan pengangguran (Claimant Count) pula menunjukkan pertambahan tuntutan pengangguran yang tinggi sehingga 31,200 berbanding jangkaan 13,300.

Kadar pengangguran pula kekal di paras 4.2% menepati jangkaan pasaran dan tidak berubah daripada catatan sebelum ini.

Matawang GBP dilihat melemah selepas data ini dikeluarkan disebabkan bacaan yang kurang memberangsangkan dan meleset daripada jangkaan. Namun, kelemahan itu tidak berpanjangan setakat pada pukul 5 petang, dengan matawang GBP dilihat menguat semula ketika ini.

Pengukuhan ini pula mungkin disebabkan oleh peningkatan tambahan pekerjaan sebanyak 197,000 yang melebihi jangkaan pasaran.

Data hari ini bagaimanapun dilihat bergerak dinamik ke arah unjuran yang telah dibuat oleh Bank of England (BoE) yang mana mengekalkan jangkaan kenaikan kadar faedah pada Ogos depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat