Matawang GBP Mengukuh Selepas Laporan Pertumbuhan Ekonomi UK Dikeluarkan

106

Matawang pound mengukuh ke paras harian tertinggi pada hari Rabu berikutan laporan pertumbuhan ekonomi UK meningkat pada suku tahun ketiga. Hal ini dijangka akan mendorong kenaikan kadar kadar faedah oleh Bank of England (BoE) pada bulan depan.

GBP/USD meningkat 0.31% kepada 1.3176 setakat jam 5.25 p.m berbanding sebelum laporan dikeluarkan GBP/USD mencatat bacaan 1.3122.

Jabatan Perangkaan melaporkan gross domestic product (GDP) bertumbuh sebanyak 0.4% pada suku tahun ketiga berbanding suku tahun kedua, GDP bertumbuh sebanyak 0.3%. Pertumbuhan ini melebihi jangkaan pakar ekonomi yang menjangkakan kenaikan 0.3%.

Berdasarkan kiraan tahunan ekonomi U.K berkembang sebanyak 1.5%, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi tahunan suku tahun kedua.

Pertumbuhan ekonomi ini dijangka akan mendorong BoE untuk menaikkan kadar faedah pada tahun hadapan.

Matawang Euro jatuh berbanding pound apabila EUR/GBP mencatat kejatuhan 0.31% kepada 0.8922 setakaj jam 5.25 p.m

Indeks U.S dolar ketika ini susut sedikit sebanyak 0.03% iaitu pada 93.80 namun matawang U.S dolar mengukuh berbanding yen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat