Matawang GBP Tertekan? Ini Sentimen Terkini Matawang Pound Sterling

778

Matawang GBP adalah matawang kedua paling banyak merekod kerugian pada minggu lalu. Sebelum ini matawang GBP merekod kenaikan dua minggu berturut-turut.

GBP mencatat prestasi baik pada mulanya pada Isnin tetapi tiada bukti yang jelas yang menyokong kenaikan GBP ketika itu.

Ada beberapa data ekonomi penting yang dikeluarkan pada minggu lalu iaitu data pekerjaan pada Selasa, data inflasi CPI pada Rabu dan seterusnya data jualan runcit pada Khamis.

Data-data penting ini dilihat telah mengurangkan jangkaan kenaikan kadar faedah Bank of England (BoE) untuk bulan Mei sekaligus telah menyebabkan kajatuhan matawang GBP khususnya pada Rabu.

Data pekerjaan UK pada Selasa menunjukkan gaji dalam tempoh 3 bulan sehingga Februari hanya meningkat 2.80% tidak berubah daripada bacaan sebelum ini. Namun, bacaan terkini kurang daripada jangkaan pasaran 3.00%. Reaksi awal kepada pasaran forex adalah kejatuhan matawang GBP selepas data ini dikeluarkan.

Data inflasi UK yang merupakan bacaan tumpuan pasaran iaitu harga pengguna (CPI) jatuh kepada 2.5% yang meleset daripada jangkaan 2.7%. Manakala bacaan teras harga pengguna (Core-CPI) yang tidak mengambil kira produk seperti makanan, tenaga, alkohol dan tembakau meningkat 2.3% bulan lalu berbanding jangkaan 2.5%. Bacaan-bacaan inflasi yang lain turut meleset daripada jangkaan. Indeks harga runcit (RPI) juga hanya meningkat 3.3% secara tahunan pada Mac berbanding jangkaan 3.5%.

Matawang GBP jatuh lebih banyak pada sesi Khamis apabila Gabenor Carney memberikan komen yang dovish. Matawang GBP jatuh menjunam selepas Carney mengatakan data baru-baru ini adalah bercampur-campur. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa ketidaktentuan Brexit boleh menyebabkan kenaikan kadar faedah ditangguhkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat