Matawang Gergasi Lemah, Pound Terus Rampas Takhta

516

Dagangan matawang pound terus merekodkan tahap ketinggian terbaru dengan didagangkan mengukuh di atas paras harga 1.38000 berbanding dolar greenback, iaitu paling tinggi sejak April 2018.

Kenaikan ini dipacu oleh peningkatan dalam hasil bon UK susulan optimisme pasaran terhadap pemulihan ekonomi yang lebih kuat berikutan pelancaran vaksinasi Covid-19 yang cepat di negara itu.

Ini turut didukung oleh kenyataan Bank of England (BOE) yang meningkatkan unjuran untuk pertumbuhan ekonomi kepada 7.25% daripada ramalan sebelumnya sebanyak 6.25%.

Namun begitu, terdapat kebimbangan baru selepas para pegawai UK memberi amaran bahawa varian baru virus boleh menggagalkan kemajuan kempen vaksinasi, dan sekatan perjalanan jangka pendek akan diperketatkan lagi.

Hal ini susulan laporan sebelum ini yang menunjukkan vaksin AstraZeneca dilaporkan kurang berkesan ke atas varian virus Afrika Selatan, di mana kadar keberkesanan hanya 22%.

Selain itu, pengukuhan itu turut disokong oleh kelemahan US dolar yang jatuh ke paras terendah dua minggu, seiring dengan penurunan dalam hasil perbendaharaan AS ketika pelabur masih menunggu berita mengenai pakej rangsangan yang baru.

Kelemahan dolar greenback ini telah memberi ruang buat matawang euro untuk meningkat lebih tinggi dan kembali didagangkan di atas paras harga 1.21000.

Matawang berkaitan komoditi juga meningkat berbanding USD, dengan dolar Kanada disokong oleh peningkatan harga minyak mentah dunia disokong oleh keyakinan terhadap pemulihan permintaan global.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat