Matawang Gergasi Masih Terkesan dengan Ucapan Trump Semalam

41

US Dollar menjunam pada hari Khamis dan kembali menjunam ke paras satu bulan terendah berbanding matawang Yen selepas sidang akhbar Donald Trump yang sangat ditunggu-tunggu oleh pasaran, gagal memberikan sebarang langkah lanjutan.

Trump yang akan mengambil alih jawatan pada 20 Januari ini tidak mengulas lanjut mengenai dasar pertumbuhan yang dirancang. Beliau sebaliknya meletakkan sasaran baru kepada syarikat-syarikat farmaseutikal dan agensi perisikan AS.

US Dollar jatuh serendah 114.245 Yen pada Rabu, selepas turun 0.8 peratus pada hari tersebut.

USD/JPY, 30 minit

US Dollar Index yang melawan 6 matawang utama telah meningkat ke tahap tertinggi sejak 2002 sebaik sahaja Trump mengumumkan langkah pengembangan fiskal dan pemotongan cukai. Keadaan ini juga telah menyebabkan postensi kenaikan kadar yang lebih cepat oleh Fed.

Dalam sesi ini, Euro melonjak sebanyak 0.2 peratus kepada $1.0605 selepas tergelincir ke paras terendah dalam tempoh 14 tahun.

EUR/USD, 30 minit

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat