Matawang Lain Semua Jatuh, Tapi Kenapa Loonie Menguat?

821

US dolar kembali meraih pengukuhan berikutan bacaan data tuntutan pengangguran mingguan yang lebih baik daripada jangkaan dengan jatuh di bawah 1 juta buat pertama kali sejak 21 Mac, sekali gus mengangkat hasil bon perbendaharaan AS untuk meningkat.

Minggu lepas, sebanyak 963,000 rakyat Amerika telah membuat tuntutan faedah pengangguran, jauh lebih rendah daripada jangkaan pasaran untuk pertambahan sebanyak 1.1 juta.

Dolar greenback diniagakan meningkat pada 93.32 berbanding sekumpulan matawang utama dengan peningkatan sebanyak 0.08%.

Berikutan pengukuhan US dolar dan peningkatan hasil bon AS, matawang euro kembali mencatatkan penyusutan tetapi masih didagangkan kukuh di atas paras harga 1.1800 berbanding USD.

Dalam pada itu, harapan terhadap perjanjian perdagangan Brexit antara Kesatuan Eropah (EU) dan UK dapat dicapai sebelum akhir tahun ini telah menyokong dagangan pound sterling daripada jatuh lebih rendah.

Ketua Perunding Brexit UK, David Frost percaya bahawa kesepakatan mengenai rundingan tersebut akan dapat dicapai pada bulan depan, selain turut menyatakan matlamat UK adalah untuk mendapat perjanjian yang sama seperti EU dan Kanada.

Sementara itu, keyakinan terhadap pengembangan vaksin Covid-19 yang memberangsangkan sejak akhir-akhir ini telah mengurangkan keresahan terhadap krisis pandemik ini.

Walau bagaimanapun, jumlah kes baru jangkitan yang semakin meningkat di Eropah sedikit menggusarkan pelabur. Jerman melaporkan lebih 1,200 kes pada Khamis, peningkatan harian terbesar dalam tempoh tiga bulan. Sementara Perancis pula mengumumkan 2,500 kes penularan baru serta di Sepanyol terdapat kira-kira 1,400 kes baru telah dilaporkan.

Berbeza dengan matawang utama lain, dolar Kanada melonjak ke paras tertinggi 6 bulan berbanding USD yang didorong oleh peningkatan harga minyak mentah

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat