Matawang New Zealand dan Australia Stabil Pada Sesi Eropah

164

Pada sesi Eropah hari ini, matawang New Zealand dan Australia dolar stabil berbanding matawang U.S dolar walaupun dengan peningkatan data inflasi New Zealand dan pengukuhan U.S dolar.

NZD/USD kekal pada unjuran 0.7168 selepas statistik New Zealand mengeluarkan laporan indeks harga pengguna (CPI) meningkat 0.5% pada suku tahun ketiga berbanding jangkaan yang menjangkakan kenaikan 0.4%.

Berdasarkan kiraan tahunan, CPI meningkat 1.9% dalam tempoh 3 bulan yang berakhir pada bulan September berbanding jangkaan yang menjangkakan kenaikan 1.8%.

Manakala, matawang U.S dolar mengukuh disebabkan peningkatan hasil bon dan laporan yang menyatakan Presiden Donald Trump dilihat lebih mendukung calon yang dianggap hawkish sebagai pengganti Janet Yellen.

Hasil bon melonjak naik kembali dari paras 2 minggu rendah pada hari Isnin berikutan Presiden Trump yang lebih mendukung pakar ekonomi Standford, John Taylor sebagai pengganti pengerusi Fed yang dilihat lebih hawkish dari Janet Yellen.

Selain itu, pemain pasaran bertambah yakin dengan kenaikan kadar faedah pada bulan Disember oleh Fed. Mereka juga masih optimis terhadap kenaikan 3 kali kenaikan kadar faedah pada tahun depan berikutan kenyataan oleh pengerusi Fed Jane Yellen pada hari Ahad bahawa ekonomi U.S berada dalam keadaan kukuh dan pasaran buruh yang bagus mendukung kenaikan kadar faedah secara bertahap.

AUD/USD juga mencatat bacaan yang stabil iaitu pada unjuran 0.7847.

Pada awal pagi hari ini, laporan minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) menyatakan bahawa pembuat dasar belum merencanakan menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat.

Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain meningkat 0.18% kepada 93.32 pada jam 3.40 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat