Matawang Pound Melonjak, Mandat Rundingan Perdagangan EU Kini Jadi Tumpuan

373

Pembukaan sesi Eropah hari ini menyaksikan dagangan pound sterling diniagakan meningkat berbanding US dolar sementara saham Eropah dibuka lebih tinggi selepas mengalami kejatuhan terbesar sejak 2015 pada Isnin.

Bagaimanapun, dagangan matawang pound kekal berisiko memandangkan UK dijangka akan menerbitkan mandat perundingan perdagangannya selepas Brexit pada minggu ini, sementara rundingan dengan Kesatuan Eropah (EU) pula akan bermula minggu depan.

Sementara itu, perhatian pasaran kini beralih kepada 27 negara anggota EU yang akan bertemu untuk meluluskan mandat rundingan perdagangan mengenai masa depan mereka bersama UK pada hari ini.

Dolar euro pula masih mengekalkan momentumnya berbanding dolar USD meskipun bacaan data pertumbuhan ekonomi (GDP) Jerman yang diterbitkan tadi menunjukkan tiada pertumbuhan pada suku keempat 2019.

Jangkaan mengenai Federal Reserve (AS) akan menurunkan kadar faedah pada tahun ini telah menekan dagangan dolar USD untuk diniagakan menyusut berbanding enam matawang utama lain.

US dolar pada mulanya meraih permintaan daripada pelabur ekoran posisinya sebagai matawang safe-haven ketika penularan wabak coronavirus menambah kebimbangan pasaran.

Bagaimanapun, pandangan pelabur kembali berubah apabila Fed dijangka melonggarkan dasar monetarinya dengan menurunkan kadar faedah memandangkan ia akan mendapat manfaat yang besar jika berbuat sedemikian.

Permintaan terhadap safe-haven yen kembali meningkat selepas Perdana Menteri Jepun Shinzo memberitahu kerajaannya akan mengambil langkah yang lebih tegas dalam menangani risiko coronavirus.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat