Matawang Pound Susut Menjelang Dua Undian Penting Yang Bakal Dihadapi Boris Johnson !

502

Matawang pound sterling didagangkan rendah pada hari Selasa menjelang undi penting yang menentukan nasib pengunduran Brexit daripada Kesatuan Eropah sepertimana yang dirundingkan oleh Perdana Menteri Boris Johnson.

Johson mengeluar kenyataan di Parlimen iaitu jika para penggubal undang-undang menolak jadual 3 hari untuk bil Brexit maka beliau akan menariknya kembali dan akan mendesak untuk adakan pilihan raya.

Beliau akan menghadapi dua undian penting di parlimen hari ini yang akan menentukan sama ada beliau dapat menunaikan janji untuk mengetuai pengeluaran Britrain daripada EU pada tarikh akhir 31 Oktober ini. Undian pertama adalah untuk mendapatkan kelulusan dasar yang telah diutarakan kemudian diikuti dengan undi keatas jadual kerajaan.

Pada malam Isnin, kerajaan telah menerbitkan Rang undang-undang Perjanjian Pengeluaran berjumlah 110 halaman dan bersama-sama dengan 125 muka surat nota penjelasan. Sehubungan itu, Pemimpin Dewan Rakyat Rees-Mogg mengatakan bahawa perbahasan parlimen terhadap Rang Undang-undang Perjanjian Pengeluaran akan bermula pada hari ini.

Matawang pound jatuh sebanyak 0.2778% kepada paras bacaan 1.2922 berbanding US dolar setakat jam 10.05 p.m.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam didagangkan kukuh sebanyak 0.13% ke paras 97.178 setakat jam 10.05 p.m

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat