Matawang Pound Terus Menyusut Susulan Kebimbangan Hard Brexit Kembali Tercetus

430

Memasuki pasaran sesi Eropah, matawang pound terus merosot berbanding US dolar menjelang ucapan pertama Perdana Menteri UK Boris Johnson selepas Brexit, mengenai hubungan perdagangannya dengan Kesatuan Eropah (EU) yang dijadualkan akan berlangsung pada hari ini.

Permulaan dagangan minggu ini telah menyaksikan dagangan pound kembali berisiko selepas UK mengundurkan diri daripada EU pada Jumaat lalu.

Kenyataan oleh Downing Street UK mengenai kesediaan PM Johnson untuk hentikan rundingan dengan Brussels jika permintaannya gagal dipenuhi, telah menyebabkan pasaran kembali dibelenggu ketidakpastian.

Sebarang keputusan yang memperlihatkan hasil yang tidak memihak kepada ekonomi UK atau kegagalan dalam rundingan, dijangka akan memberi reaksi negatif terhadap dagangan pound.

Dalam kenyataan terbaru Ketua Perunding Brexit EU, Michel Barnier terus mengulangi bahawa UK dan EU memerlukan masa lebih dariada 10 bulan dan memberitahu kedua-dua pihak berkemungkinan akan mengadakan 9 pusingan rundingan menjelang bulan Oktober untuk mencapai perjanjian.

Selain itu, dolar euro pula kembali diniagakan merosot berbanding dolar USD yang telah meraih pengukuhan berbanding matawang utama lain sejak permulaan dagangan hari ini.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan mengukuh dengan peningkatan sebanyak 0.3% kepada 97.68 pada sesi Eropah.

Di sisi lain, dagangan kiwi jatuh ke paras terendah 2 bulan berbanding USD manakala dolar Aussie pula gagal memanfaatkan data PMI pembuatan China hasil tinjauan Caixin yang mencatat sedikit peningkatan berbanding jangkaan pasaran.

Mesyuarat penetapan dasar oleh Reserve Bank of Australia pada pagi esok akan menjadi tumpuan utama pasaran dengan jangkaan kadar faedah akan dikekalkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat