Matawang Rupiah Jatuh ke Paras Terendah Krisis Kewangan Asia 1998

1,359

Matawang Rupiah jatuh ke paras terendah berbanding US dollar. Ia bukanlah satu kejatuhan yang biasa kerana kadar kejatuhan Rupiah dinilai sebagai besar kerana telah mencapai paras terendah sejak Krisis Kewangan Asia dua dekad yang lalu.

Kenapa ia bukan lah satu kejatuhan yang biasa?

Hal ini kerana ia memberi kesan dua kali ganda kepada pasaran saham Indonesia yang disebabkan peningkatan kos terhadap bayaran hutang yang dipinjam daripada luar negara. Selain itu, kejatuhan Rupiah menjadikan kos yang patut dibayar oleh pengimport di negara itu semakin meningkat.

Trend Kenaikan USD Berbanding Rupiah, Sumber : Investing.com

 

Jika dibandingkan dengan pinjaman luar sejak tahun 2012, jumlah hutang syarikat-syarikat Indonesia telah meningkat dua kali ganda. Jumlah hutang yang belum dibayar sejak akhir bulan Mac berjumlah $33.1 billion seperti yang ditunjukkan oleh data BIS (Bank of International Settlement).

Ia menyukarkan syarikat untuk membayar balik hutang dengan matawang Rupiah jatuh sehingga 9% pada tahun ini.

Untuk pengetahuan anda, hutang dipinjam dalam nilai matawang asing dan apabila Rupiah jatuh, ini menjadikan matawang asing mengukuh nilainya sekaligus meningkatkan jumlah hutang yang perlu dibayar.

Bila dikatakan, kejatuhan Rupiah memberi kesan kepada pasaran saham, syarikat-syarikat di bawah Indeks Komposit Jakarta adalah yang menjadi tumpuan.

Lima dariapada sepuluh syarikat yang tersenarai dalam indeks tersebut berkemungkinan mencatat keuntungan jika bukan disebabkan hutang dalam matawang asing.

Terbukti di sini, kesan kejatuhan matawang boleh menyebabkan kerugian yang signifikan kepada syarikat tempatan.

Bagi pengimport, kejatuhan Rupiah pula memberi ancaman kepada margin keuntungan mereka. Kebanyakan syarikat Indonesia telah merancang nilai Rupiah akan berada di sekitar 13,500 sehingga 14,000 setiap US dollar. Namun, jangkaan itu meleset dan Rupiah pagi tadi didagangkan di paras terendah 15,000 sebelum mengukuh semula ketika ini kepada 14,839.

Untuk rekod, Indeks Komposit Jakarta telah merekodkan kejatuhan 8 peratus tahun ini berikutan sentimen perang dagang antara AS-China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat