Matawang Sterling Melonjak Ke Paras Tertinggi 3 Minggu Susulan Ucapan Angela Merkel!

477

Matawang Sterling mengukuh ke paras tertinggi 3 minggu lalu berbanding US dolar susulan ucapan Canselor Jerman, Angela Merkel yang mengatakan bahawa mendapatkan jalan penyelesaian mengenai isu Brexit sebelum tarikh akhir 31 Oktober bukanlah sesuatu yang mustahil.

Beliau mengatakan bahawa apa yang boleh dicapai dalam tempoh 2 atau 3 tahun turut dapat dicapai dalam masa 30 hari atau sebelum Oktober 31. Merekel turut memberi komentar bahawa kedua-dua belah pihak dapat menyelesaikan masalah pembatasan Irish dalam tempoh 30 hari akan datang.

Ucapan ini menunjukkan membawa indikasi bahawa Merkel bersetuju untuk bertolak ansur dengan rundingan Perdana Menteri UK, Boris Johnson. Komen beliau telah mendorong matawang pound mengukuh pada hari Khamis.

Walaubagaimanapun menurut Reuter, Merrkel telah menambah komentar beliau bahawa angka 30 hari hanyalah sebuah contoh yang membawa maksud sebuah jalan penyelesaian harus di capai dalam tempoh yang singkat ini kerana UK telah bertegas akan mengundurkan daripada Kesatuan Eropah pada bulan Oktober 31.

Susulan daripada laporan ini matawang sterling telah melonjak ke paras dagangan $1.22 dengan peningkatan hampir 1%. Sebelum ini matawang Sterling telah mengalami penyusutan untuk beberapa minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat