Matawang U.S Dolar Melonjak Naik Kembali Dalam Pasaran Asia Selepas Mencatat Penyusutan

67

Matawang U.S dolar mengukuh sedikit dalam pasaran Asia berbanding yen pada hari ini berikutan tumpuan pasaran pada laporan data ekonomi yang akan dikeluarkan di Australia dan China. Selain itu, pasaran juga memberi tumpuan pada lawatan President Donald Trump ke Asia.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Reserve Bank of Australia (RBA), penganalisis menetapkan sasaran kadar faedah pada 1.50%. China pula dijangka akan melaporkan sasaran rizab wang FX pada bulan Oktober yang dijangka mencapai $3.107 trillion.

USD/JPY didagangkan pada 113.91 iaitu mengukuh sebanyak 0.12%. Manakala AUD/USD didagangkan pada 0.7688, mencatat penyusutan 0.05%. GBP/USD menyusut sebanyak 0.04% kepada 1.3166 setakat jam 10.30 pagi.

Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain mengukuh pada awal pembukaan pasaran Asia pada bacaan 94.70 iaitu sebanyak 0.08% setakat jam 10.30 pagi.

Matawang U.S dolar menyusut semalaman berbanding matawang utama berikutan ketegangan politik di Timur Tengah menyebabkan permintaan safe haven lebih menarik. Di tambah pula dengan laporan bahawa Presiden New York Federal Reserve William Dudley yang menyatakan bahawa beliau akan bersara lebih awal.

U.S dolar menyusut berbanding matawang safe haven seperti yen dan Swiss franc disebabkan ketidakpastian politik di Timur Tengah apabila Putera Mahkota Mohammed bin Salman, Arab Saudi menangkap beberapa orang berprofil tinggi dibawah akta anti-rasuah.

Selain itu, isu persaraan William Dudley yang dikatakan sedang bersiap untuk bersara lebih awal iaitu pada pertengahan bulan 2018.

Menurut penganalisis, kejatuahn matawang U.S dolar iaitu hanyalah berisifat sementara berdasarkan laporan yang positif pada minggu lepas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat