Matawang US Dolar Kukuh Berbanding Yen, Harga Minyak Bercampur – Sesi Asia

666

Pasaran Matawang

Matawang yen menyusut berbanding US dolar dalam sesi dagangan Asia pada hari Selasa.

USD/JPY mengukuh sedikit sebanyak 0.03% kepada 110.94 setakat jam 9.30 a.m. Manakala AUD/USD mengukuh sebanyak 0.01% kepada 0.8017.

Penyusutan matawang yen didorong oleh tumpuan pasaran terhadap pandangan polisi bank pusat Jepun (BoJ) yang akan dikeluarkan pada hari ini.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain susut 0.02% kepada 90.13 setakat jam 9.30 a.m

Pasaran Komoditi

Harga minyak bercampur dalam sesi dagangan Asia berikutan penutupan kerajaan. Dijangka isu ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 minggu untuk selesai.

Harga minyak WTI naik kepada $63.85 setong dan Brent jatuh kepada $69.28 setong setakat jam 09.30 a.m.

Harga emas menunjukkan peningkatan sebanyak 0.24% kepada 1,335.00.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat