Matawang Utama Lain Catat Pemulihan Selepas US Dolar Kembali Lemah

529

Wabak pandemik coronavirus terus mencatat peningkatan di seluruh dunia dengan jumlah kes setakat ini meningkat kepada 378,829, sementara angka kematian yang dilaporkan sebanyak 16,509. Itali melaporkan penurunan dalam kes dan kematian untuk hari kedua berturut-turut, meskipun angka yang dicatatkan masih besar, malah angka korban juga telah meningkat lebih 6,000.

Federal Reserve Amerika Syarikat (Fed), semalam mengumumkan pakej rangsangan terbesarnya dengan pembelian bon tanpa had dan membeli sekuriti gadai janji komersil untuk menyokong pasaran kewangan.

Selain itu, Bank pusat juga melancarkan dua kemudahan pinjaman, untuk menyokong kredit kepada majikan, manakala satu lagi dipanggil sebagai Kemudahan Pinjaman Sekuriti Berasaskan Aset (TALF) untuk menyokong aliran kredit kepada pengguna dan perniagaan.

Pasaran memberi reaksi yang bercampur-campur terhadap langkah kecemasan ketiga Fed bulan ini. US dolar menyusut berbanding safe haven yen, namun masih didagangkan hampir di paras ketinggian satu bulan.

Kemerosotan US dolar turut didorong oleh ketidakpastian dalam perbincangan mengenai pakej rangsangan yang diperkenalkan pentadbiran Trump baru-baru ini, di mana undian oleh Senat yang sepatutnya diadakan hari ini, mungkin tidak akan berlaku.

Sementara itu di Eropah, matawang pound kembali mencatat peningkatan meskipun kekal diniagakan berhampiran paras terendah 35 tahun berbanding US dolar susulan pengumuman program pembelian tanpa had oleh Fed.

Matawang euro juga didagangkan meningkat berbanding US dolar, sementara perhatian pasaran kini tertumpu kepada data PMI pembuatan dan perkhidmatan Eropah yang akan diterbitkan petang ini.

Di Asia, dolar Australia meningkat lebih 1% dan diniagakan di sekitar paras harga 0.5900 berbanding US dolar, melanjutkan pemulihannya daripada paras terendah 17 tahun, pada minggu lalu.

Dolar New Zealand juga turut mencatat peningkatan susulan pelaksanaan program pelonggaran kuantitatif (QE) oleh Reserve Bank of New Zealand (RBNZ), dengan mula membeli bon kerajaan bernilai NZ$30 bilion untuk merangsang ekonomi yang terkesan akibat coronavirus.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat