MATIC Rakus Cucuk Langit Tanpa Henti! Apa Sebabnya?

281

Mata wang kripto Polygon (MATIC) kini berjaya menunjukkan pemulihannya dengan menembusi paras $1, iaitu mendaki 15% dalam tempoh 24 jam lalu yang menyaksikan jumlah terbesar transaksi harian melebihi $100,000.

Hal ini berikutan kerana terdapat beberapa perkembangan dan pembaharuan penting yang terjadi di sekitar ekosistem MATIC.

Diperjelaskan bahawa Meta bakal mencipta dan menjual non-fungible token (NFT) di platform media sosial Instagram yang akan bergantung pada rangkaian blockchain Polygon untuk proses pencetakan NFT tersebut.

Malah, Meta turut memeterai perjanjian bersama beberapa platform blockchain seperti Ethereum (ETH) dan Flow agar mampu memberi sokongan kepada blokchain Solana (SOL) dan wallet Phantom.

Sementara itu, bank terbesar Amerika JPMorgan yang melaksanakan perdagangan menggunakan rangkaian blockchain Polygon turut menjadi salah satu penyebab harga MATIC meningkat tinggi.

Secara konteks, JPM mengeluarkan 100,000 token dolar Singapura menggunakan protokol kewangan terdesentralisasi Aave pada blockchain Polygon Layer-2.

Dalam pada itu, Co-founder Polygon, Sandeep Nailwal menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali berhenti berusaha dalam menjadikan MATIC mendapat kedudukan ‘Top 3’ selepas Bitcoin (BTC) dan ETH.

Difahamkan, MATIC merupakan aset digital ke-11 paling bernilai mengikut had pasaran dan kini berada dalam proses untuk mengembangkan lagi ekosistemnya.

Setakat penulisan ini, MATIC kini didagangkan pada harga $1.14 dengan had pasaran $9.4 bilion dan memecahkan paras tertinggi lapan bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat