Matlamat Penciptaan Bitcoin Ini Sudah Tentu Buat Anda Terkejut. Betul Ke?

197

Matawang digital Bitcoin melonjak ke paras tertinggi terbaru melebihi $10,000 pada Rabu di beberapa pusat tukaran utama termasuk platform dagangan popular yang berpangkalan di Luxembourg, Bitstamp.

Setakat pukul 4.35 petang pada Rabu, Bitcoin berada pada harga $10,655 selepas mencapai paras tertinggi $10,762.

Bitcoin pertama kali dicipta pada 2009 yang menggunakan sistem blockchain yang memudahkan transaksi untuk individu yang mahu menyembunyikan identiti mereka. Ia sama sekali berbeza dengan sistem pembayaran yang kita gunakan sejak lama dulu yang berpusat dan dikawal oleh kerajaan dan bank pusat.

Satu daripada matlamat utama penciptaan Bitcoin adalah agar penggunanya lebih bebas dalam membuat transaksi kewangan tanpa dikawal oleh autoriti.

Walaupun dengan prestasi harga yang begitu memberangsangkan, masih ramai lagi individu yang skeptikal di luar sana. Antaranya adalah CEO JP Morgan, Jamie Dimon yang menuduh Bitcoin adalah penipuan.

Itu hak individu dan pendapat masing-masing, dan kita sendiri tidak pasti apa yang akan berlaku di masa hadapan. Yang pasti, harga Bitcoin masih meneruskan kenaikan sehingga kini.

Peningkatan harga adalah kesinambungan dalam tren jangka panjang Bitcoin yang dipandu oleh aktiviti spekulatif di Jepun dan juga pelabur institusi yang turut memasuki pasaran matawang-Crypto. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Thomas Glucksmann ketua pemasaran pusat tukaran Gatecoin di Hong Kong.

Tambahnya, “Kenaikan baru-baru ini adalah sebahagian daripada keyakinan spekulator yang optimis terhadap teknologi ini dalam jangka panjang.”

Walaupun dengan kenaikan yang begitu mendadak, yang pasti adalah pasaran Bitcoin masih kurang kecairan atau pun kekurangan volume untuk ia bergerak lebih stabil. Disebabkan kecairan yang kecil, ia juga turut mudah membuat kenaikan atau penurunan yang besar.

Jika populariti Bitcoin atau matawang-Crypto yang lain semakin meningkat dan diterima oleh sebahagian besar pemain pasaran termasuk pengguna di seluruh dunia, sudah pasti pergerakan Bitcoin lebih stabil di masa akan datang. Pengguna di seluruh dunia juga boleh menikmati yuran transaksi yang kecil dengan tempoh transaksi yang lebih pantas dalam suasana yang lebih bebas tanpa kawalan oleh satu pun badan autoriti di dunia ini. Bebas.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat