Maybank IB Kekalkan Saranan ‘Hold’ Buat TNB

294

Keputusan memihak kepada TNB, nak risau apa lagi.

Maybank Investment Bank (Maybank IB) mengekalkan saranan ‘hold’ buat saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) walaupun diapit isu pertikaian cukai dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sebagai makluman, Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan semakan kehakiman terhadap TNB pada Selasa lalu untuk mengetepikan notis LHDN mengenai taksiran cukai RM1.8 bilion bagi 2018.

Kemudiannya, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa TNB telah menjalankan perniagaan eletrik dan dengan itu, ia berhak menuntut elaun pelaburan semula ke atas perbelanjaan modal yang telah dilakukan pada 2018.

Nota Maybank IB menyatakan bahawa kuputusan tersebut telah memberi petanda baik bagi baki pertikaian TNB dan pertikaian serupa lain, sekaligus mengurangkan ketergantungan lama.

Dalam pada itu, Maybank mengekalkan sasaran harga saham TNB kepada RM9.60 dan ketika tengah hari tadi sahamnya turun 2 sen pada RM9.24 dengan 1.02 juta unit diniagakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat