McDonald’s Rusia Ada Pemilik Baru? Kenali Alexander Govor

11,716

‘Mungkin lepas ni McDonald’s Rusia akan dikenali sebagai McDonaldov.’

Pada minggu lalu, rangkaian makanan segera (fast food) Amerika Syarikat (AS), McDonald’s secara rasminya meninggalkan pasaran Rusia selepas 3 dekad beroperasi.

Kini, lebih 800 buah kedai yang terbiar telah dibeli oleh seorang ahli perniagaan Rusia, Alexander Govor di bawah jenama baru.

Dikatakan Govor sebelum ini pernah mengusahakan 25 restoran McDonald’s melalui firmanya, GiD LCC.

Dibawah adalah ringkasan ringkas mengenai Govor.

  • Lahir di Novokuznetsk, Siberia dan pengasas bersama syarikat perlombongan arang batu, Yuzhkuzbassugol.
  • Bersama Evraz, syarikat pembuatan dan perlombongan multinasional, telah membeli sebuah lombong di Yuzhkuzbassugol pada 1990.
  • Pada 2007 syarikatnya ditutup selepas berlaku letupan dan beliau beralih ke perniagaan minyak mentah.
  • Menjual aset perlombongannya untuk membuka Kilang Penapisan Minyak, Yaisky pada tahun 2013.
  • Menerusi GiD LLC, Govor telah menjadi pengusaha McDonlads’s Rusia sejak 2015.

Dalam pada itu, tindakan Govor dilihat selari dengan rancangan Ketua Pengarah McDonald’s Rusia, Oleg Paroev, yang sebelum ini menyeru kesemua rangkaian (franchisees) menyertai sistem komersial penjenamaan baru yang diperkenalkan.

Terang Paroev, penjenamaan baharu tersebut terbuka kepada semua franchisees dibawah sistem komersial baru yang akan menyaksikan mereka tidak lagi berkerja di bawah McDonald’s.

Sungguh pun tidak mendedahkan apa yang bakal berlaku andai franchisees lain tidak menyertai, pemegang francais utama McDonald’s lain di Rusia iaitu Rosinter Restaurants mungkin perlu menamakan semula restorannya, menghentikan operasi atau membuat rancangan alternatif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat