Melabur $733 Dalam Kripto Ini, Lelaki Ini Untung $4.36 Juta!

1,173

“Tak sia-sia melabur masa harga tengah murah, akhirnya dapat juga keuntungannya.”

Sudah sedia maklum pasaran mata wang kripto adalah sangat tidak menentu susulan pelaburan $1,000 mampu menggunung sehingga $1 juta, namun ia juga boleh jatuh sekelip mata ke $10 pada hari berikutnya.

Pada Julai 2015, seorang pelabur misteri dan tidak dikenali telah membeli sebanyak 2,365 Tawaran Syling Permulaan (ICO) Ethereum (ETH) bernilai $733 semasa harga aset digital tersebut didagangkan pada $0.31.

Namun, wallet pelabur itu tidak aktif selama lapan tahun susulan tiada kripto lain yang bergerak masuk atau keluar, di mana address wallet tersebut kekal senyap walaupun harga ETH pada November 2021 melepasi $4,878.

Walau bagaimanapun, pemegang wallet tersebut yang dikatakan ingin menguji keadaan semasa pasaran kripto telah bertindak menjual satu ETH beliau.

Sehari selepas membuat langkah sedemikian, pelabur itu didapati memindahkan sekitar 2,359 ETH bernilai $4.36 juta semasa harganya berlegar pada paras $1,800, oleh itu beliau kini hanya memegang 5 ETH sebagai baki.

Difahamkan, pelabur tersebut yang membeli ETH dengan hanya bermodalkan $733 telah berjaya menjana keuntungan sebanyak $4.36 juta dalam masa 2,825 hari dan beliau mungkin memperoleh $11.5 juta jika menjualnya ketika harga aset digital itu berada pada $4,878.

Sebagai rekod, banyak individu yang memperoleh keuntungan berjuta-juta melalui pelaburan dalam kripto tetapi perlu diingatkan bahawa terdapat sebahagian besar juga sehingga sekarang masih belum dapat pulangan modalnya lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat