Melabur Saham Kena Bayar Zakat Tak?

Memahami Zakat Saham

1,962

Zakat saham ialah zakat yang dikenakan ke atas saham-saham yang dimiliki sehingga dihujung haul sama ada disimpan ataupun diniagakan. Syarat-syarat sah zakat saham sama seperti jenis zakat yang lain iaitu Islam, merdeka, sempurna milik, cukup haul dan cukup nisab.

Terdapat dua cara pengiraan zakat bergantung kepada jenis pelaburan anda sama ada anda beli untuk long term (lebih dari satu tahun) atau short term (kurang dari satu tahun).

  1. Saham disimpan sehingga cukup haul

Saham yang disimpan melebihi setahun ataupun sehingga cukup haul. Nilai zakat yang diwajibkan adalah 2.5% daripada nilai pelaburan dihujung *haul. Saham syarikat yang disimpan hingga cukup tempoh setahun atau lebih.

*Nota: Haul bagi saham dan pelaburan lain hendaklah genap tempoh satu tahun pemilikan portfolio pelaburan.

Contoh jika anda membeli saham XYZ sebanyak 10,000 unit dengan harga RM 2 seunit pada 16 Julai 2017, setahun kemudian saham mengalami kenaikan harga kepada RM 2.60 seunit dan anda masih lagi memegang saham tersebut, maka pengiraan nilai zakat yang wajib dibayar seperti berikut:

10,000 unit X RM 2.60 X 2.5% = RM 650

Seandainya pada hujung tahun itu harga seunit saham adalah lebih rendah daripada harga belian, maka hendaklah dilihat sama ada masih berada di atas paras nisab atau tidak. Jika masih melebihi nisab, maka masih wajib dizakatkan.

Contoh anda membeli saham XYZ pada 16 Julai 2017 sebanyak 10,000 unit dengan harga RM 2 seunit. Setelah genap setahun, harga saham terkini jatuh kepada RM 1.70 seunit. Maka RM 1.70 X 10,000 unit = RM 17,000 (pemilik saham mengalami kerugian sebanyak RM 3,000)

Namun, oleh kerana RM 17,000 masih lagi diatas paras *nisab, maka wajib untuk dikeluarkan zakat 2.5% dari RM 17,000 iaitu RM 425

*Nota:  Nisab portfolio pelaburan ialah nilaian yang sama dengan atau 85 gram emas (20 mithqal). Apabila nilai portfolio pelaburan bersamaan atau melebihi nisab maka ianya diwajibkan zakat.

  1. Saham didagangkan aktif, pegangan kurang dari 1 tahun

Bagi saham yang dijual beli secara short term, zakat dikira sebanyak 2.5% daripada jumlah keuntungan saham setelah ditolak modal permulaannya.

Nama Saham Belian Saham (RM) Jualan Saham (RM) Keuntungan (RM)
ABC 15,000 19,500 14,500
DEF 15,000 14,550 -500
GHI 15,000 19,500 14,500
JUMLAH 28,500

 

= Jumlah keuntungan X 2.5%

= 28,500 X 2.5%

= RM 712.50

Untuk pengetahuan, zakat tidak perlu dibayar atas saham dan dividen saham sekiranya sesebuah syarikat tersebut telahpun mengeluarkan zakat pecniagaan bagi pihak pemegang-pemegang sahamnya. Namun sekiranya syarikat tidak mengeluarkan zakat perniagaannya, maka individu yang memiliki saham syarikat tersebut wajib membayar zakat secara persendirian.

Rujukan: Utusan Online

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat