Meleset Berbanding Jangkaan Penurunan, EUR/USD Berjaya Lonjak 60 Pips!

295

Sentimen pasaran yang berisiko dilihat memberi kelebihan terhadap mata wang safe-haven seperti US dolar dan Yen pada dagangan awal minggu.

Walaupun US dolar bergerak baik dalam pasaran, namun mata wang Euro berjaya mencatatkan pengukuhan berbanding raja mata wang tersebut.

Penganalisis menilai faktor yang mengekang momentum pengukuhan US dolar adalah perkembangan pakej perbelanjaan Presiden Joe Biden yang bernilai $1.75 juta ditolak oleh Senator Joe Manchin.

Namun, kebimbangan terhadap penularan Omicron dilihat masih akan menyokong mata wang US dolar pada pasaran minggu ini.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD dilihat paparkan corak kenaikan untuk pembukaan dagangan awal minggu dengan kenaikan harian lebih 60 pips dicatatkan.

Zon 1.12400-1.12500 kekal menjadi support penting harga yang kekal melonjakkan semula penurunan harga untuk dagangan beberapa minggu kebelakangan ini.

Jika harga berjaya melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, penganalisis melihat kenaikan lebih tinggi harga akan menuju semula ke paras ketinggian dicapai minggu lalu sekitar 1.13600.

Seterusnya, zon rintangan pada 1.14000 akan menjadi tumpuan pada kenaikan yang masih diteruskan harga untuk trend bullish.

Sebaliknya jika susut lebih rendah semula jika US dolar kembali mendominasi semula, harga bakal kembali menguji sekali lagi zon sokongan 1.12400.

Penurunan yang diteruskan akan menuju semula ke zon terendah yang dicecah harga pada tahun ini iaitu pada 1.12000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat