Melonjak 800%! NFT Trump Yang Hampir Mati Kini Hidup Semula

882

“Banyak betul cabaran NFT Trump, turun pastu naik balik takut tiba-tiba terjun pula nanti.”

Selepas jatuh dan turun, jualan koleksi non-fungible token (NFT) yang dilancarkan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akhirnya melonjak semula sebanyak 800% bernilai $306,000 daripada $34,000 walaupun menerima kritikan hebat.

Setakat hari ini, jualan NFT tersebut adalah sebanyak $241,000 dengan volum dagangannya meningkat hampir 1,900% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Sementara harga jualan setiap NFT pula daripada $296 kepada $435 semalam tetapi pada hari ini mendaki lagi dua kali ganda hingga $670.

Koleksi NFT Trump itu dilaporkan menggunung tinggi berikutan tindakan beliau untuk kembali ke platform media sosial selepas diharamkan daripada Facebook dan Twitter kerana mempunyai kaitan dengan serangan Bangunan Capitol AS.

Diperjelaskan lebih terperinci, peminat Trump membuat petisyen kepada Facebook untuk mengembalikan semula akaunnya, tetapi baru-baru ini jutawan Elon Musk yang berjaya memperoleh Twitter pada tahun lepas telah menutup akaun beliau.

Sebagai rekod, Trump melancarkan koleksi kad trading NFT pada 15 Disember dengan 45,000 unit dicetak pada Polygon yang menyaksikan bekas Presiden itu sebagai adiwira, koboi, angkasawan dan lain-lain.

Harga awal NFT tersebut didapati bernilai $99 setiap satu, di mana para pembeli diberi peluang untuk memenangi pelbagai faedah istimewa seperti makan malam, bertemu atau bersalaman dengan Trump.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat