Memahami Apa Itu Saham Biasa

334

Jika sebelum ini, team INTRADAY memberi informasi mengenai saham cip biru, kali ini penulis akan menerangkan apakah itu saham biasa.

Saham biasa merupakan sekuriti yang mewakili pemilikan dalam syarikat.

Pemegang saham kebiasaannya akan melantik lembaga pengarah dan mengundi untuk polisi korporat syarikat.

Bentuk pemilikan ekuiti ini selalunya memberi kadar pulangan jangka masa panjang yang lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku kecairan, pemegang saham biasa mempunyai hak terhadap aset syarikat hanya selepas pemegang bon, pemegang saham pilihan dan pemiutang lain dibayar sepenuhnya.

Ini menjadikan saham biasa lebih berisiko daripada hutang atau saham pilihan.

Kebaikan saham biasa ialah kebiasaannya akan mengatasi bon dan saham pilihan dalam jangka masa panjang.

Saham biasa dilaporkan di bahagian ekuiti pemegang saham dalam kunci kira-kira syarikat.

Banyak syarikat yang mengeluarkan ketiga-tiga jenis sekuriti. Contohnya, Wells Fargo & Company mempunyai beberapa bon yang terdapat dalam pasaran sekunder.

Syarikat itu juga mempunyai saham pilihan seperti Series L (NYSE:WFC-L) dan saham biasa (NYSE:WFC)

Saham biasa yang pertama ditubuhkan pada tahun 1602 oleh Syarikat Hindia Timur Belanda dan diperkenalkan di Bursa Saham Amsterdam.

Saham Amerika Syarikat (AS) yang lebih besar didagangkan di bursa awam seperti NYSE atau Nasdaq.

Sehingga 2019, Bursa Saham Amsterdam mempunyai 2,800 saham tersenarai di bursanya manakala NYSE mempunyai 3,300 saham yang tersenarai.

NYSE mempunyai permodalan pasaran sebanyak AS$28.5 trilion pada Jun 2018, menjadikan sebagai bursa saham terbesar dunia berdasarkan ‘market cap’.

Terdapat beberapa bursa saham antarabangsa untuk saham asing seperti London Stock Exchange dan Tokyo Stock Exchange.

Syarikat yang kecil dan tidak dapat memenuhi syarat penyenaraian sesuatu bursa dianggap tidak tersenarai.

Saham yang tidak tersenarai ini didagangkan dalam Over-The-Counter Bulletin Board (OTCBB).

Untuk syarikat menerbitkan saham, firma itu perlu bermula dengan mengadakan tawaran awam awalan (IPO).

IPO adalah kaedah terbaik bagi syarikat mencari modal tambahan untuk berkembang.

Untuk memulakan proses IPO, syarikat perlu bekerjasama dengan firma perbankan pelaburan yang akan menentukan jenis dan harga saham.

Selepas fasa IPO selesai, orang awam dibenarkan untuk membeli saham baharu dalam pasaran sekunder.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat