Memang Patutlah RBNZ Hawkish, Inflasi Masih Di Puncak!

113

Inflasi New Zealand kekal pada paras tertinggi 32 tahun pada suku ketiga sekali gus mengukuhkan jangkaan bahawa bank pusat akan terus menaikkan kadar faedah secara agresif.

Walaupun data yang dikeluarkan Statistik New Zealand menunjukkan indeks harga pengguna (CPI) tahunan susut kepada 7.2% daripada 7.3% yang dicatatkan pada suku kedua, namun ia masih jauh dari sasaran bank pusat.

Malah, ia juga meleset daripada jangkaan pasaran untuk menurun lebih rendah kepada 6.5% pada suku tersebut.

Sementara dari suku ke suku, inflasi meningkat kepada 2.2% pada suku ketiga daripada 1.7% pada suku kedua

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) sebelum ini memberitahu bahawa ia tidak melihat inflasi akan kembali kepada julat sasaran 1-3% sehingga pertengahan 2024 walaupun telah menaikkan kadar faedah dengan agresif.

Penganalisis kini menjangkakan RBNZ perlu bergerak lebih cepat untuk mengawal semula harga, di mana ANZ Bank meramalkan kenaikan seterusnya adalah sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat November dan Februari.

Susulan terbitan data tersebut, dolar New Zealand didagangkan mengukuh di tengah-tengah dagangan US dolar yang turut suram.

RBNZ adalah antara bank pusat yang paling hawkish dalam pengetatan monetari global untuk memerangi inflasiyang dicetuskan oleh lonjakan harga tenaga dan gangguan rantaian bekalan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat